Current mood : Melancholy
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”~an-Nuur;26
Persoalan yang timbul..Bagaimana pula dengan perempuan yang kurang baik..
adakah peluang dia mendapat yang soleh?
Ada. Tetapi dengan syarat dia sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Tugas seorang hamba ke atas dirinya hanya membaiki dirinya sendiri tanpa terlalu memikirkan pengakhiran samada mendapat yang soleh ataupun sebaliknya. Kerana Allah tidak akan menzalimi orang yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Allah yang menciptakan, mana mungkin dia memusnahkan melainkan kita sendiri yang menuju ke arah kebinasaan dan hakikatnya kita tidaklah perlu menjadi sehebat Schumacher dalam memandu Ferrari tapi berusahalah untuk belajar selok belok pemanduan serta tahu arah mana yang kita tujui.
‘jadilah..’ bukan ‘carilah…’
Oleh itu, sebelum kita mencari yang soleh, jadilah diri kita dahulu sebagai seorang yang solehah. Ya..bukan senang menjadi solehah dan bukan sehari dua usahanya, sudah ingin melihat hasil. Tidak. Malah mungkin memakan masa bertahun-tahun. Proses mendidik hati bukan mudah seperti menenun kain yang indah, tapi perlukan kesabaran dan mujahadah. Perlengkapkan diri dengan segala amalan mahmudah, agar diri kita terarah. Namun, ada lagi persoalan timbul, bagaimana pula kalau kita tidak sempat menjadi solehah, tiba-tiba muncul seorang yang soleh datang melamar, adakah harus kita menolak sedangkan diri belum lagi mencapai title solehah?
Jawapan saya, ya terimalah.
Tapi teruskan usaha menjadi isteri yang solehah. Jangan berharap pada yang lain dalam usaha kita menjadi muslimah solehah, tapi bergantunglah pada diri dan berharaplah pada Ilahi dan bukannya pada manusia yang pada dasarnya dia sendiri belum pasti di mana destinasi pengakhirannya walaupun dia seorang yang soleh. Jangan mendamba yang soleh kalau kita sendiri tidak berusaha ke arah menjadikan diri sebagai seorang yang solehah. Seseorang yang soleh yang kita impikan ini bukanlah matlamat utama kita, tapi sebagai alat menuju akhirat yang berkat. Semoga dengannya kita terus bersemangat mencari kebaikan sebagai bekal di sana. InsyaAllah.
This is from someone's blog.
Saya berubah kerana kehendak saya sendiri. Kerana takutkan Allah Taala.
Sangat sukar untuk meyakinkan orang bahawa kita btul2 ingin berubah.
Sangat sukar untuk orang menerima diri yg penuh dosa. Kan......
0 comments:
Post a Comment
Si Banyak Cakap